Monday, December 31, 2007

mengapa pc kadang kala menjadi masalah

Pc kadang kala menjadi kawan setia bila kita boleh melayari internet,
dan kadang kala menjadi ular berbisa bila pc buat hal...
macam2 rasa ada kan, jangan sampai ada yang sepak terajang pc , bila pc ada masalah,
pc ni sebenarnya manja, kalau org cepat hilang sabar tak boleh nak membaikinya.

memang orang yang panas baran tak di galakkan untuk repair pc, malanglah nasib pc tu nanti. tak pun orang yang macam tu bila pc rosak hantarlah kekedai, kalau semua pandai repair sendiri, sapa pula yang hanter kekedaikan tutuplah pula semua kedai-kedai membaiki pc tu kan.

tu la Allah tu adilkan bukan semua orang dia bagi pandai repair pc, dan semuanya allah dah kasi kepandaian masing-masing tu tak, boleh lah kita sama -sama berkerjasama dengan bidang masing-masing dan ada juga rezeki kawan-kawan.

kadang rosak nyer skit jer...tapi bila buka cover dan tukar alat-alat tu tanpa berhati, masalah lain pula yang akan timbul, benda yang nak tukar sikit saja jadi bertambah pula.

Berhati-hati bila menukar alat-alat ganti tu, kadang kala alat-alat yang lain tu sensetive tersentuh kasar sikit ja, bila on balik dah jadi masalah lain pula, kadangkala terjadi kerana kita on pc terlalu lama, dan alalt-alat nya menjadi panas, bila panas ic nya menjadi lembut dan cepat terpatah atau terbengkok bila tersentuh. selalu nya kalau ada problem kita biarkan dulu pc tu sejuk, jangan pula lupa cabut semua plak dia, dan biarkan selama setengah jam atau lebih baru kita mula pertukaran alat-alat ganti.

Pc kadang-kadang dari mula nak pasang alat-alat dalamannya pun dah problem, pastu time nak install windows pun problem juga, so kenalah sabar banyak-banyak.

Dan hanya insan-insan istimewa yang penuh minat mendalam saja, yang boleh membuat kerja-kerja bahagian repair pc ni, so untuk yang memang berminat tambahkan pengetahuan anda untuk bahagian-bahagian pc, memang boleh mencari rezeki juga di bahagian ni.

bagus juga kalau kita kongsi masalah pc kita dengan sahabat-sahabat yang lain, mana tahu kita boleh buat perbincangan dan masalah pc kita akan selesai, kan orang yang duduk depan pc saja yang tahu masalah pc dia...