Monday, December 31, 2007

mengapa pc kadang kala menjadi masalah

Pc kadang kala menjadi kawan setia bila kita boleh melayari internet,
dan kadang kala menjadi ular berbisa bila pc buat hal...
macam2 rasa ada kan, jangan sampai ada yang sepak terajang pc , bila pc ada masalah,
pc ni sebenarnya manja, kalau org cepat hilang sabar tak boleh nak membaikinya.

memang orang yang panas baran tak di galakkan untuk repair pc, malanglah nasib pc tu nanti. tak pun orang yang macam tu bila pc rosak hantarlah kekedai, kalau semua pandai repair sendiri, sapa pula yang hanter kekedaikan tutuplah pula semua kedai-kedai membaiki pc tu kan.

tu la Allah tu adilkan bukan semua orang dia bagi pandai repair pc, dan semuanya allah dah kasi kepandaian masing-masing tu tak, boleh lah kita sama -sama berkerjasama dengan bidang masing-masing dan ada juga rezeki kawan-kawan.

kadang rosak nyer skit jer...tapi bila buka cover dan tukar alat-alat tu tanpa berhati, masalah lain pula yang akan timbul, benda yang nak tukar sikit saja jadi bertambah pula.

Berhati-hati bila menukar alat-alat ganti tu, kadang kala alat-alat yang lain tu sensetive tersentuh kasar sikit ja, bila on balik dah jadi masalah lain pula, kadangkala terjadi kerana kita on pc terlalu lama, dan alalt-alat nya menjadi panas, bila panas ic nya menjadi lembut dan cepat terpatah atau terbengkok bila tersentuh. selalu nya kalau ada problem kita biarkan dulu pc tu sejuk, jangan pula lupa cabut semua plak dia, dan biarkan selama setengah jam atau lebih baru kita mula pertukaran alat-alat ganti.

Pc kadang-kadang dari mula nak pasang alat-alat dalamannya pun dah problem, pastu time nak install windows pun problem juga, so kenalah sabar banyak-banyak.

Dan hanya insan-insan istimewa yang penuh minat mendalam saja, yang boleh membuat kerja-kerja bahagian repair pc ni, so untuk yang memang berminat tambahkan pengetahuan anda untuk bahagian-bahagian pc, memang boleh mencari rezeki juga di bahagian ni.

bagus juga kalau kita kongsi masalah pc kita dengan sahabat-sahabat yang lain, mana tahu kita boleh buat perbincangan dan masalah pc kita akan selesai, kan orang yang duduk depan pc saja yang tahu masalah pc dia...

Friday, November 30, 2007

Virus Melanda Pc

Virus ni yang asyik melanda pc....
Kuman yang halus cepat merebak ni..asyik berulang-ulang ja...
Beranak-pinak pulak tu kat dalam pc..
Bercucu Cicit..buang masuk balik..buang lagi masuk lagi...
nak bunuh ngan anti kuman yang mana satu ni...
dulu AVG Free dah boleh bunuh semua..sekarang ni dah tak boleh..
Ada yang AVG tak leh nak buang dah....nekadlah satu pc terpaksa letak dua atau tiga antivirus..
tapi tercari-cari lah ni..tak tahu virus apa yang sesuai....AVG memang sah letak satu..

Dah Scan berkali-kali ni...
mula2 guna Bitdefender Online ada yang dia detect tapi RV.Host.EXE tetap takleh delete gak..
try guna AVG..yang lain semua dia delete sama juga RV.HOST.EXE ni juga yang melekat kat pc tak mahu keluar..agaknya apakah antivirus yang berkesan untuk penyakit yang dibawa virus ni..kena cari lagi..mana tahu kan jumpa yang betul2 power..

Wednesday, November 14, 2007

problem yang pc kena format balik

format pc dah jadi kerja tiap-tiap minggu pula sekarang ni, ramai pula yang bawa pc untuk di formatkan , ada saja lah file window yang hilang, Virus punya kerja pun boleh jadi.

Virus ni macam seorang makhluk perosak yang paling jahatlah, ada juga yang paling degil, paling ketegaq kata orang kedah lah, dia selagi orang tak pantau dia dok biar ja ada kat pc kita, selagi tu dia raya sakan, tak tau la raya apa, sebutkan nanti ada pula yang kecil hatikan, dia akan beranak pinak bercucu cicit kat pc kita kita, habis satu fail satu fail lagi dia masuk, bukan jahat je ni, kianat pun ada gak makhluk ni, dengki pun ada gak, terbiar ja seminggu ke dua minggu tak run Antivirus siaplah abis dua tiga ratus dah kat dalam pc kita.

jangan buat main dengan Makhluk perosak ni, Kalau kena yang jenis degil ketegaq ni lagi la susah run macam-macam anti virus pun tak boleh bunuh dia, so kena lah pandai-pandai cari pembasmi atau pembunuh makhluk ni yang betul -betul kuat , pilih ja la..kan sekarang ni macam-macam anti virus ada, kalau nak kena cuba satu persatu pun cubalah mana tahu dalam ramai-ramai pembasmi tu ada seorang dua yang kita boleh pakai. so yang ni pun kena sabar juga kalau ringan mulut rajin-rajin lah bertanya kat kawan-kawan kita.

tu pun kawan-kawan yang dalam bidang IT la, kalau dalam bidang lain ada yang tahu tapi ramai yang tak tahu. ada yang boleh kita download free je, ada juga yang boleh kita run online free juga tapi ada juga yang kena bayar kena beli.

kalau dah terkena virus kita jangan pula dok delete file-file windows , biar lah saja Anti virus yang kita run tu cari sendiri kat mana file-file yang kena virus tu, kalau kita dok delete sendiri bermakna tak berkemukinan pc tu akan kena format.

kadang-kadang baru jer format seminggu dua dah bawa balik tak boleh masuk windows, yang tu bukan kerja Virus mengamuk, tapi kerja budak-budak yang baru nak belajar pegang pc, baru belajar main-main game pc, ibu bapa pula pesen tak pantau biar kan saja budak-budak tu, silap-silap tekan terdelete lah file windows , pastu dah tak boleh nak masuk windows dah on saja bila windows nak kuar restart balik, bukan berkali-kali restart dia...selagi tak format windows baru selagi tu la dok restart dah kena hantar hantar kedai balik untuk di repair.

tu dia orang la kan, bagi orang yang buka kedai pc ni , kecil tapak tangan sebidang tanah ditadahkan ialah rezeki la kan.

banyak lagilah pasal-pasal pc nak kena format balik ni...tapi kita cerita lagi la yer..panjang lai la ceritanya..